Saturday, April 08, 2006

Memancing

Oleh kerana kepala ikan tongkol (aye) boleh mencecah RM45, maka semakin ramailah yang mula jatuh cinta dengan memancing. Para ibubapa telah mula memupuk minat memancing terhadap anak-anak mereka dari umur muda lagi. Mudah-mudahan, apabila meningkat remaja, kepala ikan tersebut boleh mencecah 10X ganda.

Thursday, March 09, 2006

30 sen!!!!!!

"Ingatkan minyak je naik, gas pun naik?", kata officemate aku.

"30sen sekilo pulak tuh....., kalau 10kilo?", tambahnya.

"Tunggu je lah harga makanan naik", aku menyampuk.

Dialog selepas 4 hari PM umum "naik minyak".

Ramai yang menyangka gas naik 30sen satu tong.

Friday, March 03, 2006

30 sen je.....

30 sen je.....

tak banyak......
tapi kerana 30 sen, kita kena berjimat.....
kurangkan perjalanan......
kurangkan cuti-cuti malaysia........
kurangkan bersiar-siar.......

tapi tak banyak, 30 sen je.....

dengar cerita, ada lagi tu....
cerita lain, tapi nak naik juga......
tapi tak tau bila.........
tak tau berapa sen.......
tapi dengar cerita, tak banyak....
tak membebankan, katanya......

tunggu..........

Monday, February 27, 2006

Meeting

Tarikh: 26/02/2006
Masa: 11.00am


9.45am: Bertolak dari Dungun menghala ke KT
10.00am: Berhenti isi petrol di Rantau Abang
10.05am: Berlepas ke KT....Jalan lengang....sekali-sekala berselisih dengan lori tangki
11.00am: Sampai bandar KT...banyaknya kenderaan..
11.15am: Tawaf bangunan SEDC & Stesan Bas lebih kurang 5X, baru dapat parking....
11.50am: Parking kereta
12.00pm : Sampai bilik mesyuarat, aku ingat mesyuarat tengah jalan....rupanya ahli mesyuarat pun ada yang baru sampai...Selamat...

2.30pm : Tangguh mesyuarat
3.30pm: Bertolak balik ke Dungun
3.40pm: Berhenti di hadapan Masjid Ladang, melintas ke kedai Akuarium, beli 2 ekor Clown Fish
4.00pm: berlepas ke Dungun
5.30pm: Sampai di rumah
_________________________________
Bandar KT dulu tak macam sekarang.....
Kereta semakin banyak, 'parking space' semakin berkurangan.....
Sesak jalan kat KT kerana pemandu yang tak bertimbang rasa, berhenti kereta tepi garisan kuning....
Dua lorong jadi satu lorong......

Friday, February 24, 2006

Happy


Happy and free. Gambar diambil di pantai Batu Buruk pada musim tengkujuh 2005.


Laut bergelora......