Thursday, December 22, 2005

Hujan...

Dah dua hari matahari memancar dengan teriknya, masuk hari ni, lebih kurang jam 4.30 petang, hujan mencurah-curah....

Hari ini, Khamis, Pasar Minggu kat bandar Dungun. Pergi dengan famili, dalam hujan lebat. Kesian makcik-makcik, kuih dan lauk tak laku. Pasar minggu lengang, adalah beberapa orang yang suka main hujan, macam aku ni....

Ikut ramalan, hujan lebat hingga Jumaat. Harap itulah...sebab besok aku nak pergi ke Sutra Beach Resort dengan famili. Hari keluarga zon timur anjuran pejabat aku.

Hujan dah reda sikit, tapi angin menderu dengan kuat.
Sejuk, best juga tidur malam ni....

Thursday, December 08, 2005

Disember

Dah masuk Disember, musim hujan. Dari keadaan beberapa hari ni, hujan sebelah malam, siangnya mendung.

Exam baru lepas, lega rasa kepala ni. Result? Agak-agak aku lepas, kot? Tapi aku tak berani nak jamin.

Petang tadi ada 'jamuan raya + kesyukuran' kat satu syarikat tu, walaupun Syawal dah lepas, tapi mungkin dia orang tak sempat sambut. Mungkin sibuk, mungkin ada aral, siapa tahu? Boleh jugak merasa sate, sedap juga, dah lama tak merasa.

Saturday, July 30, 2005

Terlupa

Aku dah terlupa bahwa aku ada blog. Dah setengah tahun aku tak masukkan entry.
Jadi kali ni pun aku tak tahu nak cerita macam mana. Cuma aku nak ingatkan diri sendiri untuk update blog ni regularly, itupun kalau aku ada masa terluang.

Exam baru je lepas, result mungkin lambat lagi. Semester ni aku kurang tumpuan. Mungkin kerana kerja kat opis yang menimbun, bercampur dengan rasa malas.

So, setakat ini je dulu, mungkin kalau timbul kerajinan, aku akan tambah lagi.